Thursday 22 May 2014

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2014

Contributors: Smk Renek Semekar Dokumentasi (owner) and You
Updated on Wednesday · Taken at SMK RENEk
PERASMIAN OLEH:
MEJAR RONI B AWANG KECHIK, 8 KOMPENI ANGKUT KEM DESA PAHLAWAN KELANTAN.
~Program Remaja Berwawasan ini adalah merupakan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia melalui Program di bawah National Blue Ocean Strategy atau di dalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program peringkat kebangsaan ini diterajui oleh ATM, PDRM dan KPM.
~Program remaja Berwawasan ini dilaksanakan bertujuan untuk membina Karektor murid-murid yang berisiko di sekolah-sekolah. Program ini akan menggarapkan Latihan Bercorak aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti merentas halangan, jungle tracking, jalan lasak, treasure hunt dan menyelitkan aktiviti pengukuhan kerohanian serta sahsiah dan jati diri murid seperti Ring Kaunseling , ceramahmotivasi,, tazkirah dansebagainya.
   
           




      

Monday 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 18 MEI 2014
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
 PERASMI :
          Hjh NORHAMIDAH BT MOHAMAD
TEMA :
GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


TENTATIF PROGRAM
7.30 -  Pelajar berkumpul dan ambil kedatangan   (  guru bertugas)
7.40 -  Guru berkumpul di Pondok Pengawal
7.45 -  Perarakan masuk guru diiringi oleh pengawas dan bunga manggar
· nyanyian lagu NEGARAKU
· Perutusan - perutusan
· Ucapan wakil pelajar
· Penyampaian hadiah daripada wakil pelajar kepada pengetua ( simbolik sambutan Hari Guru)
· Nyanyian lagu Guru Malaysia
8.30 -  Potong kek
8.35 -  Bersurai
8.40 -  Sarapan di Dataran Aquarium
9.00 -  Permaianan “Statian Game”
                  1. Bola Tampar
                  2. Hoki
                  3. Netball
                  4.  Bola Sepak
                  5. Bola Baling
                  6. Gelung Rotan
10.30– Pertandingan Ping Pong berpasukan lelaki
12.00 -  Majlis Penutup ( di Kantin)
                  1. Persembahan Nasyid Ting. 6
                  2. Berbalas Pantun guru vs pelajar
                  3. Sajak -  Pelajar ting 6
                  4. Persembahan guru
                  5. Penyampaian Hadiah sukan dah tukar hadiah
1.00 bersurai



Kami Guru Malaysia Lirik

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
 IKRAR  HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


 
 

SUKANEKA DAN PERMAIAN SEMPENA HARI GURU

Acara SUKANEKA melibatkan 8 kumpulan menyertai acara yang dipertandingkan seperti memasukkan gelung ke skettle, memasukkan bola ke jaring, memasukkan bola hoki ke gol, bermain bola tampar , menendang bola ke gol dan baling bola ke botol air.
Semua guru , staf dan juga Pentadbir turut serta menyertai SUKANEKA ini. Pengetua, Hjh Norhamidah Mohamad mempamerkan skil yang hebat dalam acara bola tampar dan bola jaring. En Mohd Sa'aroni Bin Mohamad Nawi, GPK Pentadbiran unggul dalam acara bola tampar dan bola sepak. Tidak ketinggalan GPK Hem, En Mohd Zainudin Awang bijak bermain boling botol air.

      

Monday 17 February 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN KETUA TINGKATAN 2014

TARIKH : 16 FEBRUARI 2014 
TEMPAT : DATARAN PERHINPUNAN SMKR
PERASMIAN OLEH : SUPT TN HJ KAMARUDDIN B. ZAKARIA
                                    KETUA BALAI POLIS DAERAH BESUT

KERJASAMA : 

UNIT PENGAWAS
UNIT PUSAT SUMBER
MAJLIS KETUA TINGKATAN 
UNIT DISIPLIN 

TEMA : KEPIMPINAN BERWIBAWA DISIPLIN TERPELIHARA 


BANNER MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN 

ANTARA  PESERTA LELAKI BERSEDIA MENERIMA WATIKAH 

ANTARA  PESERTA PEREMPUAN BERSEDIA MENERIMA WATIKAH 

 UCAPAN ALUAN-ALUAN PK PENTADBIRAN  EN MOHD SA'ARONI B. MOHAMED NAWI 
(WAKIL TN PENGETUA) 

UCAPAN PERASMIAN WATIKAH PELANTIKAN ( WAKIL KETUA BALAI POLIS) 

BARISAN PENGAWAS YANG MENERIMA WATIKAH 

IKRAR PELANTIKAN 

 IKRAR PELANTIKAN 

 SESI KENANGAN PENGAWAS SEKOLAH 

 KENANGAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 

KENANGAN KETUA TINGKATAN 

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA.. 
JALANKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH DEDIKASI DAN AMANAH.. 

Tuesday 11 February 2014

PELANCARAN NILAM 2014 DAN ANUGERAH NILAM 2013



BUNTING PELANCARAN NILAM 

UCAPAN PERASMIAN OLEH TN PENGETUA HJH NORHAMIDAH BT MOHAMAD 
 GIMIK PELANCARAN "MEMBUKA PAYUNG SEBAGAI SIMBOLIK ILMU PERLU DICARI DAN BLH DIJADIKAN TEDUHAN KEMUDIAN HARI.. "
 DENGAN TEMA "1 BUKU 1 HARI' 
 ANTARA PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH NILAM TERBAIK TAHUN 2013 


Monday 10 February 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA TINGKATAN

Seramai 147 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada:

68 orang pengawas

49 orang pustakawan
30 orang ketua tingkatan

Tarikh : 6 - 7 Februari 2014 

Peserta Berkumpul Di Dataran Perhimpunan untuk sesi pendaftaran 

                                                       
Slot 1 - Ceramah Motivasi -di Dewan Makan Villa Semekar 

                                                        
Slot 3 - Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah - Di PSS SMK Renek 

slot 4 - Kuliah Maghrib/ Ceramah kerohanian 


slot 5 - Raptai Pelantikan Watikah 


MAJLIS PENUTUPAN KEM KEPIMPINAN
 TARIKH : 7 FEBRUARI 2014 

Peserta berkumpul di Dewan Makan Villa Semekar

Nyanyian Lagu NEGARAKU, SELAMAT SULTAN & LAGU SEKOLAH 

Ucapan penutupan oleh Tn Pengetua Hjh Norhamidah Bt Mohamad 
Antara Fasilitator yang terlibat 

Anugerah Peserta Terbaik PSS (P) 
Anugerah Peserta  Terbaik PSS (L) 
Anugerah Peserta Terbaik Pengawas Sekolah (P) 
Anugerah Peserta Terbaik Pengawas Sekolah (L)