Visi Semekar
Misi Semekar
Piagam Pelanggan Semekar
Kami bersedia memberi khidmat dan bimbingan yang mesra, adil dan saksama kepada semua murid melalui:
· Perkhidmatan penyayang dan kecaknaan
· Penyelesaian masalah yang segera dan berkesan
· Perkhidmatan yang berkualiti
· Penyediaan kemudahan asas yang sempurna
· Penyeliaan yang efektif dan konstruktif
· Peningkatan kesedaran disiplin, keceriaan, kesihatan dan
keselamatan
· Peningkatan aktiviti kurikulum dan kokurikulum ke arahkeselamatan
pencapaian cemerlang dari segi kuantiti dan kualiti
· Penerapan serta penghayatan budaya mulia di sekolah
· Pengamalan konsep keterbukaan yang adil
· Pengamalan hala tuju dan hala cara program sekolah yang
· Pengamalan konsep keterbukaan yang adil
· Pengamalan hala tuju dan hala cara program sekolah yang
berkesan
· Pembentukan lepasan sekolah yang berilmu, berktrampilan dan
· Pembentukan lepasan sekolah yang berilmu, berktrampilan dan
berakhlak mulia.
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Renek (SMK Renek) dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1984. Kos perbelanjaan membina sekolah beserta kemudahan lain dianggarkan berjumlah RM980,000. SMK Renek dirasmikan oleh YB. En. Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada 20 Januari 1987.
SMK Renek dibina di kawasan Kampung Renek dengan tanah seluas 22 ekar. Jarak SMK Renek dari bandar Jerteh kira-kira 16KM.
Pada peringkat permulaan, hanya terdapat dua blok bangunan 2 tingkat, satu blok setingkat, sebuah kantin dan sebuah rumah guru. Dua blok bagunan 2 tingkat menempatkan 12 bilik darjah, bilik pengetua, bilik guru, 2 makmal sains, 2 bilik Sains Rumah Tangga, perpustakaan, bilik sumber dan 3 buah tandas. Blok bagunan setingkat menempatkan 2 bengkel Seni Perusahaan.

Sesi pertama persekolahan bermula pada 01 Januari 1984 dengan 3 kelas tingkatan 2 dan 5 kelas tingkatan 1. Jumlah guru seramai 18 orang dan bilangan pelajar seramai 242 orang.
Pada tahun 1987, SMK Renek mendapat satu blok bangunan tambahan yang menempatkan 4 bilik darjah, sebuah surau dan 2 buah asrama desa dengan kos RM135,000. Manakala pada tahun 1991, sebuah bangunan baru 3 tingkat mengandungi 14 bilik darjah telah dibina dengan kos RM900,000. Seterusnya, pada tahun 1993, sebuah surau baru dibina dengan kos RM30,000.
Pada awal Januari 1996, SMK Renek telah dinaik taraf daripada sekolah gred B kepada sekolah gred A. Sejajar dengan perubahan itu, SMK Renek telah menerima seorang guru pakar Geografi dan empat orang guru ketua bidang yang terdiri daripada Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dan Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan.
Senarai Pengetua SMK Renek
1. En. Mahmud B. Mamat (01/01/1984 - 16/09/1987)
2. En. Omar B. Sulong (16/09/1987 - 06/02/1988)
3. Tn. Hj. Yusoff B. Kassim (16/02/1988 - 01/09/1993)
4. Tn. Hj. Mohamad B. Ngah (01/09/1993 - 16/11/1995)
5. Pn.Nik Khatijah Bt. Nik Man (16/11/1995 - 16/03/1997)
6. En. Mahmud B. Mamat (16/03/1997 - 16/08/1998)
7. Pn. Kalsom Bt. Mohamad (16/08/1998 - 16/02/2003)
8. Tn.Hj.Abd Rahman B. Jusoh (16/02/2003 - 28/07/2010)
9. Tn.Hj.Ahmad Zawawi Mat Junoh (28/07/2010 - 16/4/2013)
10. Hjh Norhamidah bt Mohamad (18/4/2013 - sekarang )
10. Hjh Norhamidah bt Mohamad (18/4/2013 - sekarang )
Data Guru SMK Renek Terkini
Guru Lelaki: 34 Orang
Guru Perempuan: 40 Orang
Jumlah: 74 Orang
Data Pelajar SMK Renek Terkini
Murid Lelaki: 424 Orang
Murid Perempuan: 497 Orang
Jumlah: 921 Orang
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.