Thursday, 22 May 2014

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2014

Contributors: Smk Renek Semekar Dokumentasi (owner) and You
Updated on Wednesday · Taken at SMK RENEk
PERASMIAN OLEH:
MEJAR RONI B AWANG KECHIK, 8 KOMPENI ANGKUT KEM DESA PAHLAWAN KELANTAN.
~Program Remaja Berwawasan ini adalah merupakan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia melalui Program di bawah National Blue Ocean Strategy atau di dalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program peringkat kebangsaan ini diterajui oleh ATM, PDRM dan KPM.
~Program remaja Berwawasan ini dilaksanakan bertujuan untuk membina Karektor murid-murid yang berisiko di sekolah-sekolah. Program ini akan menggarapkan Latihan Bercorak aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti merentas halangan, jungle tracking, jalan lasak, treasure hunt dan menyelitkan aktiviti pengukuhan kerohanian serta sahsiah dan jati diri murid seperti Ring Kaunseling , ceramahmotivasi,, tazkirah dansebagainya.
   
           




      

Monday, 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 18 MEI 2014
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
 PERASMI :
          Hjh NORHAMIDAH BT MOHAMAD
TEMA :
GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


TENTATIF PROGRAM
7.30 -  Pelajar berkumpul dan ambil kedatangan   (  guru bertugas)
7.40 -  Guru berkumpul di Pondok Pengawal
7.45 -  Perarakan masuk guru diiringi oleh pengawas dan bunga manggar
· nyanyian lagu NEGARAKU
· Perutusan - perutusan
· Ucapan wakil pelajar
· Penyampaian hadiah daripada wakil pelajar kepada pengetua ( simbolik sambutan Hari Guru)
· Nyanyian lagu Guru Malaysia
8.30 -  Potong kek
8.35 -  Bersurai
8.40 -  Sarapan di Dataran Aquarium
9.00 -  Permaianan “Statian Game”
                  1. Bola Tampar
                  2. Hoki
                  3. Netball
                  4.  Bola Sepak
                  5. Bola Baling
                  6. Gelung Rotan
10.30– Pertandingan Ping Pong berpasukan lelaki
12.00 -  Majlis Penutup ( di Kantin)
                  1. Persembahan Nasyid Ting. 6
                  2. Berbalas Pantun guru vs pelajar
                  3. Sajak -  Pelajar ting 6
                  4. Persembahan guru
                  5. Penyampaian Hadiah sukan dah tukar hadiah
1.00 bersurai



Kami Guru Malaysia Lirik

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
 IKRAR  HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


 
 

SUKANEKA DAN PERMAIAN SEMPENA HARI GURU

Acara SUKANEKA melibatkan 8 kumpulan menyertai acara yang dipertandingkan seperti memasukkan gelung ke skettle, memasukkan bola ke jaring, memasukkan bola hoki ke gol, bermain bola tampar , menendang bola ke gol dan baling bola ke botol air.
Semua guru , staf dan juga Pentadbir turut serta menyertai SUKANEKA ini. Pengetua, Hjh Norhamidah Mohamad mempamerkan skil yang hebat dalam acara bola tampar dan bola jaring. En Mohd Sa'aroni Bin Mohamad Nawi, GPK Pentadbiran unggul dalam acara bola tampar dan bola sepak. Tidak ketinggalan GPK Hem, En Mohd Zainudin Awang bijak bermain boling botol air.